Saturday, May 15, 2010

Khas untukmu..

Sayu hati ini..
Bilamana kita berpisah..
Dikau pergi membawa diri..
Meninggalkan daku keseorangan..

Senyummu.
Ketawamu..
Suaramu..
Selalu menjadi pengubat hatiku..

Sewaktu dikau disebelahku..
Hilang segala penat lelahku..
Hilang semua keresahanku..
Hilang segala beban yang aku tanggung..

Jika aku bersedih..
Engkau sentiasa menemaniku..
Jika aku bergembira..
Engkau sentiasa disebelahku..

Ketika aku ada masalah..
Engkau sentiasa mencuba selesaikannya..
Engkau sentiasa memberi pandanganmu..
Tanpa jemu dan bosan..

Kelas..Perpustakaan..Wayang..Makan..
Kita sering menghabiskan masa bersama..
Tidak kira dimana-mana..
Tidak peduli apa orang lain katakan..

Sewaktu kita berpisah..
Air mataku hampir mengalirkan mutiaranya..
Aku tetap senyum walaupun hati ini..
Hanya aku seorang sahaja yang tahu..

Maafkan segala..
Silapku..
Khilafku..
Kerna..
Hanya engkau yang memahamiku ini..

0 comments:

Post a Comment